Showing posts with label Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

Mahasiswa UUM Prihatin

Satu ribut telah melanda  Kg Paya di Jerlun telah memusnahkan lebih kurang 40 buah rumah. Justeru pada 2 April 2013 seramai 12 orang sukarelawan dari kalangan MPPUUM, wakil Jemaah Presiden serta wakil persatuan mahasiswa telah bergerak ke tempat bencana. 

Tujuannya adalah untuk membantu penduduk kampung untuk membersih kawasan persekitaran yang terjejas teruk Turut menyertai misi sukarelawan ini ialah YDP MPP Ku Amirul Faiz Ku Seman serta Timb YDP saudara Azri Norfikri. Presiden JKPS DPP Muamalat juga menyertai misi sukarelawan yang digerakkan bersama Majlis Belia Negeri Kedah.

Admin mendoakan agar penduduk di Kg Paya tabah dalam menghadapi musibah. Marilah bersama kita mendoakan kesejahteraan penduduk kampung. 

Gambar sukarelawan uum bersama sukarelawan belia









Integriti Intelek Teras Kepimpinan Siswa

Wednesday, 6 March 2013

#pray4Sabah : Wira UUM dijulang dan dihargai



Pada 2 Mac 2013. MPP UUM telah menghantar Saudari Norzila Idayu Bt Mat Yeh (Semester 4, pelajar jurusan hospitaliti) pulang ke kampung halamannya, berikutan berita kematian saudara rapat(sepupu) iaitu Insp Zulkifli Mamat, antara yang terkorban dalam tragedi pencerobohan di Lahad Datu.

Wakil MPP terdiri dari Naib YDP 2, Saudara Razali Bahar, Setiausaha Agong, Saudara Hariz Bin Ahmad, dan Exco Informasi, Saudara Muhamad Azre, bersama 3 lagi pelajar UUM, Yasyir Bin Senong. Siti Aminah Baharudin dan Mohd Aimi Latahir dari Lahad Datu, Sabah yang ingin turut sama menziarahi keluarga Allahyarham Insp Zulkifli di daerah Besut, Terengganu.

Sehubungan dengan itu, tepat pada pukul 12 malam, van MPP digunakan untuk pergerakan menuju ke Besut untuk sampai ke kampung keluarga Allahyarham sebelum upacara pengebumian jenazah.


Sewaktu di dalam perjalanan, Norzila sempat menceritakan sedikit sebanyak mengenai Allahyarham sewaktu beliau masih hidup. Beliau adalah bekas pelajar UUM, dan merupakan bekas pelajar penginapan YAB. Allahyarham juga merupakan seorang pelajar yang aktif, baik akademik mahupun kokurikulum dan pernah menganggotai Kor Sukarelawan Polis (SUKSIS). Namun apabila memperoleh tawaran menganggotai pasukan keselamatan, beliau menukar pengajian kepada PJJ. Allahyarham meninggal pada usia 30 tahun.

Setelah 6 jam perjalanan, akhirnya pada 8.11 pagi, wakill pelajar dari UUM tiba di Besut, Terengganu. Seawal pagi lagi orang ramai dan anggota polis telah hadir bagi menunggu jenazah yang diterbang kan dari Sabah ke Subang untuk menerima penghormatan dari Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak dan seterusnya dibawa pulang terus ke rumah keluarga Allahyarham.


Menurut Norzila sendiri, "orang kampung halamannya sendiri tidak mengetahui bahawa Allahyarham adalah anggota komando VAT 69 kerana kerana sewaktu hidupnya beliau seorang yang mesra dan merendah diri".

Antara yang hadir adalah MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan pegawai - pegawai polis serta anggota komando VAT 69 untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.







Jenazah tiba  pada pukul 3.30 petang, diringi pengawai polis dengan penuh penghormatan buat wira negara tersebut. Seterusnya jenazah dibawa ke dalah rumah untuk tatapan terakhir saudara mara dan sahabat handai.

Pada jam 5 petang, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Gong Bayor yang terletak kira kita 2 kilometer dari perkampungan Allahyarham.
Razali Bahar, Yashir Bin Senong dan Mohd Aimi Latahir sempat mengucapkan salam takziah kepada isteri Allahyarham dan mengucapkan rasa berterima kasih kerana adanya wira yang sanggup berkorban demi bumi Sabah sewaktu memberikan sumbangan ikhlas mewakili UUM serta menyampaikan salam takziah dari TNC HEPA, Prof Madya Abdul Malek bin Hj Abdul Karim.
Pada pukul 6 petang , wakil pelajar dari UUM bergerak pulang ke kampus di Sintok, Kedah.

Berikutan dengan tragedi tersebut. Satu derma kilat dilaksanakan bagi sumbangan kepada keluarga Allahyarham. Pelajar boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk derma ikhlas melalui JKPS Setiap DPP. Kutipan telah dilakukan bermula 4 hb (Isnin) sehingga petang 7 hb (Khamis).

Untuk mengetahui perkembangan lanjut taip #pray4LahadDatu di laman sosial twitter untuk mengetahui susulan kejadi yang menimpa Lahad Datu. Sama samalah kita mensedekahkah al-Fatihah kepada roh Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman , amin.


"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"


Wednesday, 26 December 2012

Jelajah Keselamatan oleh Majlis Perwakilan Pelajar




2 Minggu sebelum peperikssan akhir bermula, iaitu pada 6 Disember 2012 jam, satu siri Jelajah Keselamatan digerakkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan siri ini adalah satu kempen ‘Cegah Kecurian’, memerangi jenayah curi yang kerap berlaku pada musim peperiksaan akhir dan hujung semester. Antara inisiatif yang dilakukan bagi mengurangkan jenayah curi adalah memasang banner dan kawasan yang dipasang banner adalah Varsity Mall, Laluan C, dan Laluan D pada jam 11.45 malam. 

Tujuan kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga kampus tentang kepentingan menjaga barangan peribadi dan diharapkan dengan pemasangan banner ini, pelajar berwaspada selalu.

"Sesal dahulu pendatapan, sesal kemudian tidak berguna" dan "Malang tidak berbau"

Itulah pepatah yang paling sesuai menggambarkan apabila berlaku kes kecurian,dan pelajar perlu sedar, manusia akan melakukan pelbagai cara apabila terdesak, dan ada yang mengambil jalan singkat dengan mencuri. Dan hujung semester ketika peperiksaan dijalankan, kerap berlaku kes kecurian dan pastinya Laptop dan Telefon Bimbit menjadi sasaran utama si pencuri.   Pencuri pastinya licik dan pintar untuk memilih waktu peperiksaan  kerana pada waktu tersebut, ramai pelajar sudah pulang ke rumah kerana habis peperiksaan dengan awal.

Banner di Varsity Mall UUM

Banner di Varsity Mall UUM




Banner di Laluan C (YAB dan Muamalat)

Banner di laluan D (Bukit Kachi)
  

MENCEGAH JENAYAH, TANGGUNGJAWAB BERSAMA. Lapor segera pada Jabatan Keselamatan UUM (24 JAM) untuk sebarang kecemasan di talian hotline 04-9283333.


SELAIN MEMASANG BANNER, BROSCURE / PAMPHLET juga diedarkan di kepada pelajar sebagai  langkah mengurang jenayah di UUM


P
anduan Bagi Mencegah Kecurian Kenderaan (Motorsikal)
Salam kepada warga Universiti Utara Malaysia (UUM)….
Pelbagai cara manusia terdesak melakukan jenayah untuk mencuri kenderaan anda..

Mari kita ikuti langkah-langkah pencegahan yang patut diambil bagi mengelak kecurian untuk panduan umum….

Ikuti langkah-langkah pencegahan yang patut diambil bagi mengelak kecurian

1) Letak motosikal ditempat yang DIKHASKAN untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

2) Pasangkan ALAT PENGGERA kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

3) Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal BERKUNCI dengan sempurna. Anda hendaklah mengunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya mengunci di bahagian leher motosikal walaupun sementara.

4) Letakkan di tempat yang MUDAH DILIHAT dan pada waktu malam dan letak di tempat yang TERANG. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.

5) Pastikan anda MEMASANG RANTAI dan KUNCI TAMBAHAN  bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.

6) JANGAN tinggalkan kunci sembarangan dan pastikan ia berada di simpanan anda.


PENJAGAAN BARANG PERIBADI (Laptop/Handphone/Beg Dompet)

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh para pelajar :

1) Menyimpan laptop di tempat yang selamat seperti di BILIK dan MENGUNCI dengan baik.
2) Sentiasa berWASPADA dengan MEREKA YANG TIDAK DIKENALI yang datang ke kolej kediaman.
3) JANGAN biarkan laptop anda di dalam bilik tanpa pengawasan orang yang dipercayai.
4) PASTIKAN pintu bilik sentiasa kunci semasa ditinggalkan.
5) LAPOR SEGERA PADA JABATAN KESELAMATAN UUM

Selain daripada langkah-langkah di atas, semua pihak harus sama BEKERJASAMA dan BERGANDING BAHU menjaga keselamatan harta benda di dewan penginapan pelajar.




MENCEGAH JENAYAH adalah TANGGUNGJAWAB BERSAMA
MARILAH SAMA-SAMA KITA MEWUJUDKAN KEHARMONIAN KAMPUS BAGI MENCEGAH JENAYAH
 

Sebarang kecemasan (24 JAM), anda boleh hubungi :

* Jabatan Keselamatan UUM        
UUM Security Department
~ 04 – 9283333

* MPP Exco Keselamatan & Kesihatan   
MPP Exco of Safety & Health
~ 012 – 4061297


  "INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"



Thursday, 20 December 2012

KELAYAKAN BANTUAN KEMATIAN IBU BAPA

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Idealis Siswa,

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR YANG KEMATIAN IBU BAPA,
 

Kepada sesiapa(pelajar UUM), sekiranya berlaku kematian IBU BAPA, UUM menyediakan wang pengurusan jenazah, dan perbelanjaan balik ke rumah dengan kadar segera.

MAKLUMAN


1)  Bantuan ini hanya untuk kematian IBU ATAU BAPA ATAU KEDUANYA SEKALI SAHAJA.
2)  Tidak termasuk abang atau kakak, atau kaum saudara yang lain.
3)  Hanya diberikan semasa pelajar masih di kampus untuk pulang ke kampung halaman.
4) Wang ini hanya untuk perbelanjaan balik kampung halaman dan pengurusan jenazah.
5) Wang akan diberikan secara tunai sebelum pelajar pulang ke ke kampung halaman


Berikut merupakan kadar bagi kawasan rumah pelajar

Semenanjung Malaysia : RM 800
Sabah Sarawak : RM 1000

Pada hari/waktu bekerja
, pelajar boleh pergi ke Jabatan Bendahari dan mengisi sedikit borang. Selepas mengisi borang tersebut, wang akan diberikan secara tunai mengikut kadar di atas.

Pada hari/waktu bukan bekerja
, pelajar perlu memaklumkan kepada pengetua atau felo DPP masing - masing dan pergi ke Unit Keselamatan akan mendapat bantuan tersebut.

Untuk maklumat lanjut , boleh hubungi mana mana Majlis Perwakilan Pelajar UUM atau page kami.






"INTEGRITI INTELEK TERAS KEPIMPINAN SISWA"




Wednesday, 19 December 2012

Inisiatif Jadual Bus Shuttle UUM






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Melalui aduan aduan yang dibuat pelajar, bus laluan A dan B menghadapi masalah dari segi jadual bus tidak konsisten. Masalah ini berlaku pada waktu puncak iaitu jam 11.00am ke atas.

Satu mesyuarat antara MPP Exco Kemudahan dan Kebajikan, Mohd Firdaus Bin Zailan dengan Pegawai UNIC, En Akram.

Melalui perbincangan tersebut.

Bus laluan A,B,C, dan D akan mengambil pelajar di DPP seawal pukul 7.30 pagi, selang masa 20 min dan akan beroperasi sehingga petang.


Sedikit pengubahsuaian dilakukan pada bus setiap laluan dimana bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang, satu(1) bus (tambahan) di setiap laluan akan beroperasi selang masa 30 minit. Bagi bus tambahan dilaluan A dan B, bus tersebut boleh dinaiki ke laluan A+B.


Bermula jam 3.00 petang, bus laluan A dan B akan disatukan dan akan melalui setiap DPP di laluan A dan B.


Diharapkan dengan inisiatif ini, masalah berhubungan bus dapat diatasi, dan pelajar dinasihatkan merancang jadual sebaiknya.




"INTEGRITI, INTELEK, TERAS KEPIMPINAN SISWA"